Alat Pembelajaran
TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
- Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
- Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
- Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
- Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
- Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan
pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang
lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam
tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
SET KAYU KETUK
Set Alat Ketuk
adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan
kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran
bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu
melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)

TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah
merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10
bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran
dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan
kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan
mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid
yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan
yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam
Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
KIT BOX ALADIN PLAYTIME & KAD AL-BAGHDADI [Untuk Kanak-Kanak]
Kit Box Aladin Playtime serta Kad Al-Baghdadi
ini adalah alat pembelajaran yang khusus untuk kanak-kanak yang mana
ianya membolehkan mereka bermain sambil belajar secara tidak langsung.
pendekatan ini sangat efektif dan boleh memberi kesan yang cepat
terhadap mereka untuk menguasai pembacaan Al-Quran.
Kit Box mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi permainan Aladin Playtime manakala Kad Al-Baghdadi pula mengandungi:
Kit Box mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi permainan Aladin Playtime manakala Kad Al-Baghdadi pula mengandungi:
- 312 keping kad Al-Baghdadi bagi 11 kelompok pembelajaran asas Al-Quran
- Buku Panduan Lengkap untuk guru dan ibubapa termasuk 12 permainan kreatif
- "Blue Tack" bagi memperbagaikan aktiviti permainan
0 comments:
Post a Comment