Tuesday, June 19, 2012

Apa Itu Teknik Al Baghdadi (Al Baghdadi Method)

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat  yang mana ianya adalah satu teknik MUDAH, CEPAT & MENYORONOKKAN! Program untuk Tahun 2012 kini di tawarkan kepada segenap lapisan masyarakat bagi mengembangkan lagi pembelajaran belajar membaca Al-Quran dan mensasarkan agar lebih ramai masyarakat Islam negara ini untuk membaca Al-Quran yang merupakan kitab suci Islam yang menjadi pedoman hidup yang wajib diikuti.
Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.
Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi


Bahan-bahan serta teknik  Al-Baghdadi ini terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah al-Bargy yang diasaskan  oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa di seluruh negara selama 8 tahun. 
Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn Bhd.


Muat Turun Borang Pendaftaran Ini & Kembalikan Kepada Kami
Melalui e-mail Kami albaghdaditeknik@gmail.com untuk
kami hubungi.

PROGRAM Tahun 2012 ALC Damansara Damai 



* InsyaAllah, tarikh bermula setiap sesi bergantung kepada bilangan minima 10 orang pelajar. Layari laman Program ALC untuk keterangan lanjut. Jadilah yang terawal untuk mendaftar kelas sesi SEPTEMBER 2012 dengan memuat turun borang yang disediakan dan email kembali kepada kami segera ke albaghdaditeknik@gmail.com  


** Untuk mendapatkan keterangan lanjut dari kami, sila daftar di laman Program ALC tersebut, InsyaAllah kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Salam Dari Kami.









Hj. Ghazali Othman
Pengurus & Perunding Al-Baghdadi
 012 2092 253 
atau
Hjh. Azilah Abdullah
Penyelia & Perunding Al-Baghdadi
 012 2911811 

Sertai kami untuk belajar Al-Quran di:
AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE DAMANSARA DAMAI
S063, Tingkat 2, Seasons Square
Jalan PJU 10/3C,
Damansara Damai.
Petaling Jaya.


0 comments:

Post a Comment